Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...








get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Jumaat, 6 Julai 2012

KATA-KATA

LANGKAH MENJADI USAWAHAN 


Nak jadi jutawan bukan boleh bersenang lenang pengorbanan,kesabaran elemen utama dalam kejayaan.Jadi Jutawan bukan kerana dunia sahaja tapi untuk Agama Bangsa Negara tercinta.


-Dr. Muhaya -





7 prinsip utama menjalankan perniagaan

Salam sejahtera dan salam tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.
Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.
Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.
Izal, antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.
PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.
KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.
Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.
KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".
Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.
Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.
Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.
Salam hormat!
-Irfan Khairi
Damansara, KL




USAHAWAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA


BEKAS PELAJAR
 PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN
 JABATAN PERTANIAN MALAYSIA 

USAHAWAN PERTANIAN MALAYSIA 


AMANAH IKHTIAR MALAYSIA


SAHABAT 
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
 BLOK SENTOSA 
PUSAT NUR KASTURI 

Saya adalah sahabat AIM dari
 Pusat Nur Kasturi Blok Sentosa 
Dengan Menyertai AIM saya mampu membuat pinjaman yang diberikan oleh aim.Dengan Pinjaman tersebut saya memggunakan modal untuk menjalankan perniagaan saya. 
Dengan Modal tersebut saya dapat mengembangkan perniagaan saya menambah modal.
Terima Kasih AIM dan Pembantu Amanah( CIGKU) AIM yang memberi semangat kepada saya 

Khamis, 5 Julai 2012

DOOR GIFT REMPEYEK

Door gift untuk tetamu 



Setiap bekas di isi 3 keping Rempeyek 
*Rempeyek kacang dan ikan bilis
*Rempeyek Ikan bilis
*Rempeyek Kacang Dall 

 RM 3.00 SETIAP SATU 


RESEPI REMPEYEK

BAHAN-BAHAN REMPEYEK 


BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH 

TEPUNG BERAS 

TELUR AYAM 


TEPUNG JAGUNG 

AIR 

GARAM 

JINTAN 


MINYAK MASAK BOTOL 

REMPAH BIJIK 

KELAPA ( SANTAN) 

GULA 

PELUANG PERNIAGAAN

Rempeyek Asli 
PELUANG  PERNIAGAAN 

BERIKHTIAR MENAMBAH REZEKI 
KHAS BUAT 
* SURI RUMAH
* PERNIAGA
* BERKERJA 

DENGAN HANYA MENJUAL PRODUK MAKANAN 
REMPEYEK ASLI ENTERPRISE 



HARGA BORONG DAN SYARAT


SYARAT BAGI BELIAN BORONG


Anda diminta untuk membaca dan memahami Syarat dan Ketentuan kami sebelum melakukan pembelian dengan kami



Bagi pembelian secara borong, minima pembelian ialah sebanyak 10 BEKAS ke atas. anda juga boleh campur Rempeyek Kacang dan ikan bilis,kacang dall  


SELEPAS ITU BOLEH  2 ATAU 3 BEKAS DENGAN  HARGA RM 10.00 SAHAJA 

CARA PENYEDIAAN PRODUK

CARA MEMBUAT REMPEYEK ASLI

REMPEYEK DI GORENG DENGAN MINYAK YANG JERNIH 
SUPAYA REMPEYEK BOLEH TAHAN LAMA DAN TIDAK BERBAU TENGIT (hapak)


CARA MEMBUAT REMPEYEK ASLI
CARA MEMBUAT REMPEYEK ASLI



REMPEYEK SIAP



REMPEYEK YANG TELAH SIAP